Kamis, 31 Desember 2009

SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf



KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.

Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.

Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.

“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.

Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.

Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.

Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak.

Selasa, 29 Desember 2009

Fadhilat Munajat Di Waktu Malam Mengikut Al-Quran & As-Sunnah


1. Menurut Al-QuranDi antaranya ayat-ayat al Quran yang menganjurkan bangun di waktu malam dan beribadah iaitu:

* Pahala mereka tidak terhalang.

Firman Allah s.w.t. ertinya:


“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).


Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih.


Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 113 – 115)

* Memperoleh kenikmatan di dalam syurga.

Firman Allah s.w.t. ertinya:


“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredhaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka” (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”


(Ali Imran: 15 – 17)

* Allah mengangkat orang beribadah di waktu malam di tempat yang terpuji.

Firman Allah s.w.t. ertinya:

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat – ditempat yang terpuji.


(Al Isra: 78-79)

* Mempunyai sifat kemuliaan hati dan menghormati orang lain.

Allah s.w.t. berfirman ertinya:

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahmaan (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,”


(al-Furqan: 63-64)

* Orang yang bangun dan beribadah di malam hari tidak menyombongkan diri.

Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal salih) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan.”


(As-Sajadah: 15-17)

* Memperoleh keberuntungan dan mendapat rahmat dari Allah.

Firman Allah s.w.t. ertinya:

“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?” Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”


(Az-Zumar: 9)

* Suka berkorban dan membantu orang-orang miskin.

Firman Allah s.w.t. ertinya:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mataair-mataair terpancar padanya.

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).”


(As-Dzariyat: 15-19)

* Mempunyai sifat kesabaran.

Firman Allah s.w.t. maksudnya:

“Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.

Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.”


(Qaaf: 39-40)

* Tabah dalam menunggu ketetapan dari Allah.

Firman Allah s.w.t. ertinya:

“Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.

Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).”


(Ath-Thur: 48-49)

* Bangun di waktu malam untuk beribadah lebih berkesan dan khusyuk.

Firman Allah s.w.t. maksudnya:

“Wahai orang yang berselimut!

Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartiil”.

(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerusi siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat tiada Tuhan melainkan Dia maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.”


(Al-Muzammil: 1-6)

* Bersabar dalam menjalan perintah Allah.

Firman Allah s.w.t. ertinya:

“Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang.

Dan (dengan apa keadaan pun, maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.”


(Al-Insaan: 24-26)
2. Menurut hadis Rasulullah s.a.w.

Dalam hadis-hadis Rasulullah banyak menjelaskan betapa besarnya nilai dan pahala bagi orang-orang yang suka bangun di waktu malam kemudian melaksanakan ibadah kepada Allah. Kerana malam adalah merupakan masa yang tenang dan damai, jauh dari gangguan pendengaran, penglihatan dan pengaruh-pengaruh yang lain. Sehingga seseorang dapat dengan khusyuk dalam menyampaikan permintaan atau hajatnya kepada Allah s.w.t.

Beberapa kelebihan bangun malam telah diungkapkan dalam hadis-hadis Baginda iaitu:

* Allah akan mengabulkan segala permintaan hamba-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia, dan berseru: “Siapa yang memanggil-Ku, maka Aku pun akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepada-Ku, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.”

(HR Bukhari, Malik, Muslim dan Tarmizi)

* Menambahkan dekatnya diri antara hamba dengan Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

“Sesungguhnya sedekat-dekatnya seorang hamba pada Tuhannya adalah di waktu tengah malam. Oleh sebab itu, jika kamu dapat menjadikan dirimu termasuk orang-orang yang berzikir kepada-Nya, maka kerjakanlah.”

(HR Abu Daud dan Tarmizi)

Dalam riwayat Muslim disebutkan, bahawa Allah menangguhkan hingga berakhirnya sepertiga pertama dari malam. Dan Allah turun ke langit dunia kemudian berfirman: “Aku adalah Tuhan, siapakah yang memanggil-Ku.”

* Penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

“Hendaklah kamu semua rajin bangun malam (bertahajjud). Sebab hal itu telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskan-Nya, sekaligus penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.”

(HR Tarmizi)

* Mendidik jiwa untuk bersyukur.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

“Daripada Mughirah bin Syukbah r.a. ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah beribadah di malam hari hingga kedua kakinya bengkak.” Lalu sahabat bertanya: “Mengapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah, bukankah dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah s.w.t.?” Baginda menjawab: “Tidak layakkah jika aku menjadi seorang hamba yang mensyukuri nikmat Allah.?

(HR Ima ahli kecuali Abu Daud)

* Orang yang sukar bangun malam untuk tahajjud bersahabat dengan syaitan.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

“Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w., bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tertidur lena, tidak pernah bangun sedikitpun untuk solat. Rasulullah menjawab: “Telinga orang itu telah di kencing oleh syaitan.”

(HR Bukhari, Muslim dan Nasa’ie)

* Tahajjud mempunyai kebaikan yang tinggi.

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik solat setelah solat fardhu iaitu solat tahajjud.”

(HR Muslim)

* Tidak pelupa dan suka bersedekah.

Solat tahajjud mempunyai kelebihan menjadikan seseorang tidak pelupa, suka beribadah dan suka bersedekah. Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

“Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Barangsiapa solat malam dengan membaca sepuluh ayat al-Quran, maka tidaklah ia akan dicatat sebagai orang-orang yang lupa. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seratus ayat al-Quran, maka ia dicatat sebagai kaum Qanitin iaitu orang yang gemar beribadah. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seribu ayat al-Quran, maka dicatat sebagai kaum muqantirin iaitu orang kaya yang suka bersedekah.”

(HR Abu Daud)

Demikianlah Rasulullah s.a.w. telah menerangkan betapa penting dan tingginya pahala bagi orang-orang yang bangun di waktu malam, kemudian mengerjakan solat tahajjud dan berdoa kepada Allah s.w.t.. Pernah Rasulullah ditanya oleh para sahabat: “Amalan apakah yang paling afdal ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Seafdal-afdal amalan iaitu berdiri lama dalam solat malam.”

(HR Abu Daud)

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. solat malam sebanyak sepuluh rakaat, di tambah satu rakaat solat witir dan dua rakaat solat sunat fajar. Semuanya tiga belas rakaat.”

(HR Muslim)

Senin, 28 Desember 2009

Memahami wawasan dan gagasan Jamal al-Din al-Afghani



AL-AFGHANI adalah milik dan kebanggaan bersama umat Islam dan umat Timur seluruhnya. Ini suatu hakikat yang perlu diterima. Malah kini dia sudah menjadi tokoh dunia. Mungkin tidak ramai yang tahu pada 1954 sebuah badan dunia (Majlis Keselamatan Dunia) membuat ketetapan agar diadakan sambutan mengingati Jamal al-Din al-Afghani dan sumbangannya terhadap cita-cita kesejahteraan sejagat (Muhammad Imarah, 1984: 283).

Dalam wacana mengenai gerakan Islam moden, Jamal al-Din al-Afghani sering ditampilkan dengan citra seorang agitator politik. Memang pun Jamal al-Din seorang ahli politik kelas dunia yang memiliki wawasan dan gagasan global.Tetapi menilainya hanya sebagai agitator politik ternyata tidak memadai. Karya lengkapnya (al-A'mal al-Kamilah) membuktikan lebih daripada itu (Muhammad Imarah, 1979). Jamal al-Din adalah tokoh nahdah dengan kombinasi unik - agamawan politikus, ilmuwan, pejuang, pemikir, aktivis. Jika tidak berlebihan untuk menyebutnya sebagai 'manusia renaissance' dalam pengertian Islami. Malah sebenarnya dia lebih daripada yang dapat dibayangkan dalam tulisannya, kerana memang tidak semua pemikirannya tertuang dalam karya tulis. Di samping itu apa yang disebut 'karya lengkap' itu tidak pula semestinya lengkap, kerana selain itu ada pula dokumentator yang menghimpunkan sejumlah karya yang dinamakan al-Amal al-Majhulah (karya yang tidak diketahui umum) yang dikatakan ia juga adalah karya al-Afghani (Ali Shalash, 1987).

Al-Afghani juga bukan cuma seorang juara nahdah kaum Muslimin. Malah ia salah seorang wira kebangkitan Dunia Timur. Meskipun banyak bergerak di lingkungan Islam, namun keprihatinannya terhadap nasib bangsa Timur memang cukup mendalam. Majalah al-'Urwat al-Wuthqa, media utama seruan nahdahnya sejak terbitan sulungnya lagi menyatakan khalayak sasarannya tidak hanya umat Islam, tetapi meliputi bangsa Timur. Antara objektif utamanya ialah menjelaskan kepada umat Timur tanggungjawab yang harus dilaksanakan bagi mengatasi trauma kelemahan dan kejatuhan mereka; di samping untuk membela mereka (umat Timur) daripada pelbagai tuduhan yang tidak berasas (Afghani & Abduh, 1970: 47-48).

Dalam rangka merealisasikan cita-cita perpaduan di kalangan umat Timur, Jamal al-Din berusaha memecah tembok eksklusif kaum Muslimin dan membawa mereka memasuki dunia lebih terbuka. Afghani tetap optimis meskipun menghadapi realiti kemajmukan bangsa, budaya dan agama. Baginya agama itu sendiri, khususnya agama rumpun Semitik - Yahudi, Kristian dan Islam - bukan faktor perpecahan. Ia hanya menjadi demikian jika dieksploitasi oleh orang yang berkepentingan (Zaki Badawi, 1976: 8).Perpecahan di kalangan penganut agama itu lebih banyak dicetuskan 'pedagang agama'. Merekalah yang mengada-adakan isu perselisihan dan memperniagakannya di warong masing-masing untuk mengaut keuntungan peribadi.

Al-Afghani memang diterima baik kalangan di luar Islam. Ramai sarjana menyebutnya sebagai 'filasuf Timur'. Selain itu perlu juga dicatat ramai tokoh bukan Islam yang menyertai gerakan nahdahnya. Mereka termasuk pemikir seperti Adib Ishaq, Ya'qub Sanu' dan lain-lainnya ('Akawiy, 1993: 106).

Dalam lingkungan Islam, al-Afghani menduduki tempat istimewa dalam deretan zu'ama' al-islah, pelopor gerakan islah. Gagasan Islah al-Afghani tidak cuma berlegar di permukaan, tetapi menyentuh dasar kehidupan umat hingga ke dimensi paling dalam, iaitu islah al-uqul wa al-nufus, reformasi jiwa dan minda. Sesudah itu disusul pula dengan islah al-hukumah, reformasi politik-pemerintahan (Ahmad Amin, 1948: 59). Reformasi gaya Afghani adalah islah dalam pengertian kembali kepada keaslian dan kemurnian agama dengan ruang liputannya yang mencakupi bidang agama, sosial dan politik. Umat Islam ketika itu memang memerlukan reformasi besar-besaran. Bagi Afghani gerakan reformasi umat harus berpangkal daripada reformasi keagamaan.

Isu pokok yang cuba ditangani oleh al-Afghani ialah kemunduran dan kelemahan umat Islam terutama dalam kaitannya dengan kuasa Barat. Jamal al-Din menelusuri akar punca kehilangan dinamika umat Islam itu dan menemukannya pada pencemaran ajaran Islam yang dilakukan oleh kaum zindiq, kalangan sufi, golongan sophist dan pemalsu hadis. Dengan demikian tulisan al-Afghani rata-rata memusat pada tema pemurnian agama dengan menekankan dinamika dan daya dorongnya ke arah kemajuan. Dengan semangat itulah Jamal al-Din membicarakan isu seperti Kadak dan Kadar, peranan akal, ilmu dan sebagainya. Dengan semangat itu jugalah Jamal al-Din menulis karya sanggahannya seperti al-Radd 'ala al-Dahriyyin (Sanggahan terhadap Golongan Materialis/Naturalis) dan polemiknya dengan Ernast Renan mengenai Islam dan ilmu.

Al-Radd 'ala al-Dahriyyin adalah satu-satunya karya falsafah al-Afghani yang dihasilkan ketika menjalani pengasingan di India. Kelahirannya dilatari suasana kekalutan umat di benua kecil itu menanggapi isu yang dinamakan faham nechari. Kerana rasa tanggungjawab intelektualnya yang sangat mendalam al-Afghani tidak dapat mengelak daripada memberikan reaksinya. Menurutnya memang ajaran Islam itu rasional. Tetapi kebenarannya tidak tertakluk kepada kesesuainnya dengan nature (alam) semata-mata. Islam itu benar kerana ia adalah wahyu Ilahi (K. Cragg, 1965, 34 - 35).

Selain itu yang sangat ditekankannya adalah peranan agama dalam mengangkat martabat manusia dan membangun tamadunnya. Dalam kaitan itu Islam diperlihatkan sebagai agama paling lengkap dengan ramuan asasi bagi pembangunan tamadun yang unggul. Islam membekalkan manusia dengan akidah tauhidi yang membebaskannya daripada belenggu segala kepercayaan, mitos dan dongeng yang tidak rasional. Islam memberikan harga diri kepada manusia sebagai makhluk terunggul di bumi.

Ia juga memberikan akal manusia ruang berperanan secukupnya di samping memupuk sifat keinsanan terpuji.

Di samping melakukan islah dalaman, al-Afghani juga gigih menangani cabaran luaran, baik cabaran intelektual mahupun politik. Antara yang banyak mendapat perhatiannya ialah dialog intelektualnya dengan Ernest Renan di Paris pada 1883. Ia berpangkal daripada ceramah provokatif E Renan mengenai 'Islam dan ilmu' yang disampaikannya di Sorbonne pada Mac tahun itu yang kemudiannya disiarkan dalam Journal Des Debats. Antara lain E Renan mendakwa Islam tidak sejalan dengan ilmu, dengan implikasi Islam memang tidak berupaya membangun tamadun. Mengenai ilmu dan falsafah Arab yang pernah menyubur dalam tamadun Islam itu Renan berpendapat ia bukanlah hasil asli intelektualisme Arab. Yang Arab hanya bahasanya, sedang isinya adalah Yunani. Jamal al-Din membuktikan semangat antiilmu itu dengan merujuk realiti kemunduran dunia Islam kontemporer di samping catatan sejarah tekanan penguasa dan agamawan terhadap golongan ilmuwan. Dalam hal ini Renan menyamakan Islam dengan Kristian dari segi kongkongannya terhadap perkembangan ilmu.

Realiti kemunduran umat Islam itu memang terpaksa diakui, tetapi al-Afghani menyifatkannya sebagai fenomena sementara. Islam hanya memerlukan suatu gerakan reformasi untuk kembali segar dan mampu berfungsi sebagai wahana kebangkitan tamadun umat. Samalah dengan pengalaman Kristian dengan reformasi Lutheriannya. Dalam kaitan inilah timbulnya dugaan yang al-Afghani sendiri mungkin menyimpan hasrat untuk menjadi semacam 'Luther' dalam konteks yang Islami.

Al-Afghani juga mempertahankan keaslian tamadun Islam zaman silam.Menurutnya tamadun keilmuan akliah yang pernah menyemarak itu memang sesungguhnya berciri Islanmi dan Arab. Meskipun sebahagian daripada tokoh ilmuwan yang membintangi era itu berlatar keturunan bukan Arab, tetapi mereka berkarya dalam bahasa Arab. Menurut al-Afghani bahasalah yang membentuk sesuatu umat dan membezakannya daripada yang lain. Dengan demikian tokoh ilmuwan seperti Ibn Sina dapat dianggap sebagai orang Arab dan seterusnya ilmu yang diekspresikan dalam bahasa Arab diterima sebagai ilmu Arab (A Hourani, 1968: 153).

Al-Afghani mewajarkan pelepasan ilmu dan pemikiran Barat daripada kawalan agama. Baginya sekularisasi memang seharusnya berlaku sebagai akibat logik daripada tradisi keagamaan Barat yang tidak rasional dan menghalang kemajuan. Bagaimanapun hal yang sama tidak boleh diaplikasikan dalam konteks Islam kerana agama ini selaras dengan penemuan ilmu dan akal. Malah agama seperti Islam inilah yang sebenarnya diperlukan oleh akal.

Dalam usahanya mengangkat Islam sebagai agama tamadun itulah Afghani memberikan tumpuan istimewa kepada percerdasan akal dan kebebasan berfikir.Untuk itu Jamal al-Din cuba menghidupkan semula semangat ijtihad dan menolak budaya taklid. Dari satu segi Jamal al-Din mahu membawa umat kembali kepada sumber asli al-Quran dan al-Sunnah tanpa terikat dengan tafsiran tradisional. Dari segi lain Jamal al-Din mengimbau ke arah reformasi masyarakat Islam agar maju menyaingi Barat khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Keinginannya untuk membuktikan keserasian Islam dengan semangat dan pemikiran saintifik menjadikan Jamal al-Din seorang 'rasionalis' yang mahu menafsirkan agama sesuai dengan penemuan ilmiah. Menurutnya al-Quran tidak cuma sesuai dengan fakta sains, malah ia sendiri mengandungi isyarat maklumat saintifik yang dapat dibuktikan kebenarannya dengan kemajuan penyelidikan saintifik. Ini bererti Jamal al-Din memasuki daerah kontroversi sehingga menimbulkan dugaan pendekatan rasional dan saintifiknya yang membenihkan aliran saintisme dalam penafsiran al-Quran sebagaimana yang cuba dikembangkan kemudiannya oleh Tantawi Jawhari (Zaki Badawi, 8).

Andainya memang ada orang mengeskploitasikan pemikiran al-Afghani lebih daripada yang dimaksudkannya, itu adalah tanggungjawabnya sendiri. Sebagai seorang filasuf, tentu saja al-Afghani banyak menggunakan akal. Tetapi sebagai seorang Muslim Jamal al-Din sama sekali tidak bermaksud menundukkan Islam kepada rasionalisme-saintisme Barat. Bagaimanapun sikap mengunggulkan akal di tengah suasana kebekuan intelektual menjadikan al-Afghani seorang tokoh kontroversil. Ada pihak yang mempersoal iman dan amalnya. Dalam kaitan ini pemerhatian al-Shaykh Muhammad Abduh sebagai orang paling mengenalinya mungkin dapat menjelaskan keberagamaan al-Afghani. Menurutnya al-Afghani adalah seorang yang bertakwa dan warak, cenderung kepada tasawwuf, tekun melaksanakan kewajipan agama dan sangat kuat berpegang dengan mazhab Hanafi (Hourani, A. 155).

Sikap rasional al-Afghani itu sebenarnya dilatari keyakinannya terhadap anugerah Tuhan terhadap insan berbentuk kemampuan menerokai rahsia alam. Baginya alam ini adalah terbuka untuk akal manusia memahaminya, tidak ada daerah tertutup yang tidak dapat ditembusi akal. Dengan ketajaman akalnya yang begitu mengagumkan, pada zaman seawal itu Afghani sudah memikirkan kemungkinan pendaratan manusia di bulan dan planet lainnya. Ini terungkap dalam kata-katanya yang menanyakan: "Apakah mustahil akan tercipta alat yang boleh membawa manusia ke bulan dan jirim lainnya?" Apa yang difikir al-Afghani itu ternyata kemudiannya dapat direalisasikan oleh manusia pada 1961 (Muhammad 'Imarah, 1984: 270 - 271).

Memang al-Afghani sangat menghargai sains dan teknologi. Baginya penguasaan terhadap ilmu itu adalah syarat mutlak untuk menyaingi Barat. Tetapi ini tidak bererti Jamal al-Din seorang accomodationist yang mengagumi sains Barat secara naif. Dalam hal ini Jamal al-Din sering dipertentangkan dengan Syed Ahmad Khan, tokoh modenis India yang banyak dikaitkan dengan aliran naturalisme Barat dan sikap lunak terhadap penjajah Inggeris.

Demikianlah orientasi keintelektualan al-Afghani. Bagaimanapun nama al-Afghani lebih tersohor sebagai ahli politik radikal yang digeruni kuasa imperialis Barat dan bonekanya di Timur. Dari segi idealisme politik al-Afghani masih sama dengan agamawan lain yang mengaspirasikan pemerintahan adil yang mengakui kedaulatan syariat. Berdepan dengan realiti kewujudan pelbagai daerah Islam di bawah pemerintah Islam yang berlainan, al-Afghani tidak memperlihatkan sebarang tanda dia menginginkan penubuhan sebuah kerajaan Islam tunggal. Memang Jamal al-Din ada menyebut soal khilafah. Tetapi tidak jelas apa yang sebenarnya yang dimaksudkannya. Sebahagian peneliti menyatakan ia bermaksud penyatuan seluruh dunia Islam di bawah pimpinan seorang khalifah (Osman Amin, 1966: 1487).

Bagaimanapun sebahagian lain tidak melihatnya sebagai keinginan mengembalikan pemerintahan khilafah tunggal seperti yang pernah wujud pada zaman awal Islam. Ia hanya membawa maksud adanya semacam satu kuasa spiritual atau simbol kehormatan semata-mata (A Hourani, 146).

Memang al-Afghani pernah memperjuangkan pembentukan negara Islam tunggal di bawah al-khilafat al-'uzma. Ini berlaku ketika Jamal al-Din masih menaruh harapan terhadap Khilafah Uthmaniah (Sultan Abdul Hamid) untuk memimpin kebangkitan dunia Timur menentang penjajahan Barat. Tetapi selepas ternyata Sultan Abdul Hamid tidak dapat memenuhi harapan itu, al-Afghani kecewa lalu bersikap sinis terhadap khilafah 'uzma, malah menentang kepemimpinan Sultan Abdul Hamid (Muhammad lmarah, 150 - 152).

Sebagai seorang aktivis politik yang realistik memang Jamal al-Din menyedari kesulitan menyatukan seluruh dunia Islam di bawah satu pemerintahan. Dengan demikian gerakan Pan-Islamisme yang dipeloporinya tidak bermaksud pembentukan sebuah negara Islam. Tetapi perpaduan dan kerjasama seluruh umat Islam terutama dari segi dasar luar dan pertahanan dengan matlamat menghadapi musuh bersama iaitu kuasa penjajah Barat.

Sebagai wadah perjuangan Pan-Islamisme membawa muatan cita-cita pembebasan umat daripada kehinaan dan kemiskinan yang ditimpakan penjajahan Barat. Selain kemerdekaan politik, Pan-Islamisme juga memperjuangkan kemerdekaan ekonomi sehingga kekayaan umat Islam dikembalikan kepada umat Islam dengan mencabut kuku penjajah yang mencengkam kekayaan sumber asli dunia Islam. Cita-cita pembebasan Pan-Islamisme meliputi pembebasan umat daripada fanatik kelompok. Di peringkat global al-Afghani memperjuangkan persefahaman antara agama terutama penganut rumpun agama Musa, Isa dan Muhammad yang pada hakikatnya sama dari segi teras ajarannya. Di peringkat nasional al-Afghani memperjuangkan perpaduan seluruh warganegara tanpa mengira agama.

Gagasan Pan-Islamisme al-Afghani tidak didasarkan perkiraan pragmatis semata-mata. Ia mempunyai asas doktrinal kukuh iaitu ikatan persaudaraan seagama. Semangat kesatuan ummatik keagamaan ini ditekankan begitu rupa sebagai suatu usaha membendung perkembangan nasionalisme yang diinspirasikan Barat, sejenis nasionalisme sekular berasaskan budaya, sejarah dan bahasa; dengan meremehkan asas keagamaan (Sharabi, H, 1970: 48).

Bagaimanapun dengan asas Pan-Islamismenya itu, al-Afghani tidak pula menafikan asas kesatuan lain yang sifatnya tabii seperti bangsa dan bahasa. Proses perkembangan pemikiran al-Afghani dari tahap ke tahap akhirnya sampai kepada pengharmonian di antara semangat persaudaraan Islam dengan nasionalisme yang sihat. Menurut al-Afghani manusia memang selamanya berlegar dalam lingkaran tiga bingkai dengan urutan berikut:

1. Lingkaran bingkai bangsanya;

2. Lingkaran bingkai agama anutannya; dan

3. Lingkaran bingkai kemanusiaan (jenis makhluk yang ia menjadi warganya).

Dengan meletakkan nasionalisme (semangat kebangsaan) dalam dua lingkaran yang lebih besar, ia selamanya terkawal dalam batas keagamaan dan kemanusiaan. Atas asas itu al-Afghani dapat menerima kewujudan negara nasional yang tergabung dalam bingkai induk Pan-Islamisme (Muhammad lmarah, 165).

Dengan asas pemikiran semangat kebangsaan sihat itu suatu yang fitri dan oleh itu ia tidak bertentangan dengan Islam, al-Afghani mempertahankan Arabisme ('urubah) dalam erti ciri khas keunggulan bangsa Arab. Ini dinyatakannya ketika mendebat Ernast Renan yang mendakwa mentaliti Arab secara tabii memang tidak berpotensi dalam bidang ilmu dan falsafah. Al-Afghani membuktikan keunggulan bangsa Arab dengan merujuk kegemilangan tamadun ilmunya yang meratai seluruh daerah yang dikuasainya, lalu menjalar hingga ke Eropah.

Di Mesir Jamal al-Din mempelopori gerakan kebangsaan dengan menubuhkan al-Hizb al-Wataniy (Parti Tanah Air) yang berslogan al-Misr li al-Misr li al-Misriyyin (Mesir untuk rakyat Mesir). Memang ia amat mencintai bumi Mesir yang disifatkannya pintu al-Haramyn. Dengan catatan itu tampak sikapnya terhadap patriotisme. Memang al-Afghani bersemangat patriotik dan sekali gus mempertahankan patriotisme yang sihat; patriotisme dalam erti semangat cintakan tanah air yang terkawal dalam bingkai keagamaan dan kemanusiaan. Patriotisme dengan takrif yang demikian itu, dibezakannya daripada patriotisme sempit yang fanatik terhadap sesuatu daerah atau sesuatu bangsa sehingga tidak mempedulikan untung nasib daerah dan bangsa lain. Al-Afghani melihat patriotisme keagamaan dan kemanusiaan itu sebagai kekuatan penting terutama dalam menghadapi penjajahan. Kerana itu pulalah Jamal al-Din menganjurkan pendidikan patriotik yang berteraskan pemupukan semangat cintakan tanahair (Muhammad 'Imarah, 167 - 168).

Demikianlah nasionalisme dan patriotisme versi al-Afghani mengalami transformasi konseptual sehingga senada dengan agama. Memang nasionalisme tidak mempunyai takrif baku dan beku. Ia sentiasa mengalami perubahan erti dan isi mengikut perubahan sejarah dan daerah. Dalam era kolonial, nasionalisme Asia rata-rata bererti dan berintikan perjuangan menentang penjajahan. Dengan demikian kepeloporan al-Afghani dalam kebangkitan nasionalisme Asia adalah fakta yang tidak dapat diingkari.

Dalam konteks rantau ini kebangkitan nasionalisme Melayu moden sebenarnya terkait dengan gerakan islah Jamal al-Din al-Afghani. Awal abad ke-20 dalam sejarah umat Melayu dicatat sebagai era yang bergelora dengan gerakan pembaharuan 'Kaum Muda' membedah penyakit umat dan mengangkat martabat mereka dengan anjuran kembali kepada kemurnian dan keaslian Islam, mencerdaskan pemikiran menerusi amalan ijtihad dan penolakan taklid. Gerakan reformasi keagamaan yang diilhami pemikiran islah Afghani-'Abduh-Ridha itu kemudiannya diangkat oleh sarjana sebagai tahap awal (tahap keagamaan) kebangkitan nasionalisme Melayu moden.

Al-Afghani adalah wira rakyat kecil yang tertindas. Sebahagian perjuangannya menumpu pada pembelaan rakyat untuk mendapatkan hak kemanusiaannya.Pembabitannya dalam politik memberikannya citra seorang demokrat yang memperjuangkan hak demokratik rakyat menerusi pemerintahan berperlembagaan dan berperwakilan. Sementara itu keprihatinannya terhadap derita rakyat yang dimiskinkan kapitalis dan penjajah membangkitkan kecenderungan al-Afghani kepada pemikiran sosialisme. Sekali lagi sosialisme versi Afghani adalah ishtirakiyyat al-Islam yang dipadati nilai keadilan sosial yang Quranik dan profetik. Bertolak daripada sosialisme dengan pengertiannya yang Islami itulah al-Afghani menyimpulkan yang memulakan pemikiran dan gerakan sosialistik dalam sejarah Islam adalah para khalifah dan generasi sahabah. Mungkin pemikiran sosialisme al-Afghani itulah yang kemudiannya mengilhami tokoh penyusul seperti HOS Tjokroaminoto dari Indonesia yang menulis buku Islam dan Sosialisme pada tahun 1924, dan Mustafa al-Siba'i dengan bukunya Ishtirakiyyat al-Islam.

Ternyata nahdah yang digagaskan al-Afghani adalah berdasarkan cara dan gaya keislaman dan ketimuran. la tidak sama dengan gagasan golongan modenis-sekularis pengagum Barat seperti Salamat Musa atau Taha Husayn. Nahdah gaya al-Afghani jelas berasaskan formula 'kembali kepada pdnsip agama' kerana menurutnya agama (al-din) adalah paksi punca kejayaan dan kebahagian umat.

Memang ada kewajarannya menampilkan Jamal al-Din al-Afghani sebagai pemikir radikal dan pejuang revolusioner. Tetapi ini tidak seharusnya membawa kesan seolah-olah Jamal al-Din berwatak ganas dan melampau. Apapun yang dilakukannya tujuan akhirnya adalah kedamaian sejagat. Itulah cita-cita politiknya dan itu jugalah iltizam intelektualnya.

"Sesungguhnya ilmu yang benar itu, yang memang boleh dicapai, adalah ilmu yang dapat menghentikan manusia daripada melakukan kerosakan dan tumpah darah di bumi - Jamal al-Din al-Afghani.

Minggu, 27 Desember 2009

APA PUNCA ANAK DERHAKA





Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. ..

Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak danayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada banyak tips yang diberikan untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners…..insyallah

APA yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-

Winner’s percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. .

12. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

13. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

14. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

15. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian..

18. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

19. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

20. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

22. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Sabtu, 26 Desember 2009

Tahniah Team Bolasepak Malaysia !!!! Macam mimpi la plak.


Akhirnya diam2, berjaya jugak pasukan bolasepak Malaysia menjulang pingat emas di Sukan Sea Laos dibawah kemudi jurulatih Rajagopal setelah Malaysia kempunan hampir lebih 20 tahun menjulangnya. Permulaan yg baik menyambut tahun baru beb!
Rata Penuh
Yang paling utama bagi aku utk tujukan penghargaan adalah kepada Coach Rajagopal kerana berjaya menunjukkan kepada seluruh Malaysia bahawa Malaysia memang mampu untuk menjadi pasukan yg berjaya dan disegani ramai sekiranya diberikan harapan, semangat dan peluang. Beliau menunjukkan bahawa kita tidak semestinya memerlukan Coach Orang Putih untuk melatih pemain2 Malaysia ke arena antara bangsa. Setelah berpuluh2 orang menjadi Coach yg dipilih dari dalam dan luar negara. Pelbagai alasan diberikan mereka bila gagal. Ada pula yg syok sendiri dan bila gagal, dikatakan belum sedia dan ada yg hanya pandai bercakap tetapi Rajagopal berjaya menunjukkan bahawa kita boleh dan seterusnya menafikan kata2 dan kritikan mereka yg kritis.

Tahniah juga kepada pihak pengurusan kerana sanggup mengenepikan politik kedudukan mereka buat sementara dan bersatu padu setelah teruk dikecam berikutan prestasi pasukan bolasepak negara lalu memberikan laluan penuh kepada jurulatih profesional tempatan seperti beliau (Rajagopal) mengikut cara beliau sendiri bagi memudik dan mendidik pasukan bolasepak negara. Diharap beliau diberi lebih peluang utk memajukan industri bolasepak tanahair kita.

Berkat ketekunan memilih pemain dgn teliti, merancang, melatih dan menggilap pelatih dgn bersungguh2, akhirnya telah membuahkan kejayaan awal kepada negara. Siapa sangka, pemain Malaysia boleh bermain sebaik, setangkas dan sebagus itu. Sebelum ini, saya kurang memberikan harapan dan minat terhadap pasukan Malaysia tetapi apabila membaca rekod2 permainan mereka menentang pihak lawan di Sukan Sea serta melihat pertarungan mereka di separuh akhir, saya jadi kagum dan jatuh cinta dgn permainan mereka. Boleh dikatakan mereka seperti robot. Cekap, tangkas, berani, pantas serta penuh bertenaga. Dan yg paling penting, ia berjaya membuktikan pemain Malaysia lebih laju dari pihak lawan (ungkapan sinis yg sering kita dengar). Mereka bermain sepenuh hati dan seolah2 tidak takut kecederaan apabila mengasak dan bertahan serta pantas merebut peluang. Lihat saja gol tunggal tersebut! Gol dari gerakan yg tidak sempurna dan dikatakan tiada harapan boleh menjadi gol.

Ini mungkin diharap permulaan sebuah harapan. Lebih sukar utk mengekalkan dan meningkatkannya dari mendapatkannya. Di harap, selepas ini, pihak pengurusan, jurulatih serta pemain merancang bersungguh2 agar berjaya mengekalkan prestasi dan membawa pasukan ke tahap Asia seterusnya mungkin di peringkat dunia pada masa akan datang dgn resepi dan adunan yg betul. Jangan diharapkan lagi jalan ringkas dgn mengambil pemain2 senior yg kebanyakan mementingkan karier di kelab dari negara serta memiliki stamina yang rendah. Saya agak berpuas hati dan kagum bila mula melihat pasukan Malaysia berjaya bermain dgn tahap permainan yg tinggi yg saya sudah lupa bila kali terakhir pasukan Malaysia bermain sebaik itu.

Kita sudah mula boleh percaya dan bergantung pada pemain2 muda ini yg memiliki skil, keberanian, kebijakan, kepantasan, stamina yg tinggi serta semangat yg membara demi negara dan diadunkan dgn perancangan taktikal yg bijak, peka dan kukuh oleh jurulatih negara. Cuma mereka perlu diberi lebih pendedahan permainan bagi mematangkan mereka terutama bila berhadapan dgn pasukan yg lebih matang. Kawalan bola, penerimaan dan hantaran masih boleh dibaiki serta penilaian yg tajam, pantas dan kreatif didalam permainan juga perlu ada. Contohnya, Vietnam nyaris menjaringkan gol apabila penjaga gol kita meninggalkan gawang dan pantas dihidu oleh pemain berpengalaman Vietnam. Saya mengharapkan Perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang disamping bajet yg bersesuaian harus disediakan bagi meningkatkan mutu bolasepak negara pada masa hadapan setelah mendapat signal yg positif.

Saya juga berharap, kerajaan dapat menghargai mereka dgn sedikit imbuhan dan penghargaan kerana berjaya mengharumkan negara kita. Zaman kerja free utk negara dah berakhir. Anak bini pun perlu diberi makan dan tempat tinggal sertakeperluan dan sedikit kemewahan. Apa lagi, kalo ada yg berkahwin dgn artis, pening kepala. Jgn seperti Khir Toyo, apabila Selangor dibawah kendalian Dolah Salleh berjaya menjadi Juara berganda pada suatu masa dulu. Tiada imbuhan yg diberikan dgn alasan berkhidmat untuk negeri. Berapa kerat sangat pemain ketika itu anak Selangor? kebanyakan pemain import termasuk 3 dari Indonesia. Pada hal, masa awal musim, pelbagai janji ditaburkan pada pemain. Bila berjaya, Gambar kejayaan saja dibawa pulang! Anak bini serta keperluan keluarga macamana pulak? Kalo berniaga, untung ada bonus, kalo sukan pulak, berjaya sepatutnya pasti ada imbuhan. Kalo tak, tak payah buat Semi Pro! jadikan amatur je! bayar gaji macam kakitangan lain sampai diorang pencen. Melalut plak aku ni!

Contohnya kita boleh lihat, tentera, polis dan guru yg kononnya berbakti pada negara pun memiliki jumlah pendapatan yg agak tinggi pada masa sekarang. Maksudnya, usaha mereka dihargai dgn dibayar bersesuaian dgn tugas mereka. Apatah lagi, mereka yg bermain secara profesional didalam sukan erutama bolasepak dimana bakat dan tenaga mereka dicurahkan sekadar sekitar 10 ke 15 tahun. Selepas itu? Apa jadi pada mereka?

Jumat, 25 Desember 2009

Kenali Orang Kelantan yang "murtad"



Rakyat Kelantan terkenal dengan "ketaksuban" mereka dengan budaya mereka. Mereka berada di seluruh pelusok Malaysia. Bahkan di seluruh dunia. Mereka akan membawa budaya mereka ini di mana sahaja mereka berada. Antara budaya-budaya yang "amat keramat" ialah budu , loghat percakapan mereka dan kesatuan komuniti mereka.

Tentang budu, mereka sanggup pikul gelen budu masuk ke perut kapal terbang jika mereka merantau jauh atau balik dari bercuti di kampung halaman. Begitu juga "kecek" mereka. Mereka tetap amalkan loghat mereka di mana jua berada.
Bahkan ramai rakan-rakan mereka dari negeri lain terikut-ikut dengan "kecek Kelantan". Malah ada rakyat Mesir dapat bercakap loghat Kelantan hasil pergaulan dengan pelajar Kelantan di Mesir. Begitu kuat pengaruh budaya mereka.

Kesatuan komuniti rakyat Kelantan juga tinggi. Lihatlah semasa Final Piala Malaysia 2009. Ramai rakyat Kelantan yang tinggal, bekerja dan belajar di sekitar Lembah Kelang "turun" ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

Sifat budaya kesatuan komuniti ini di bawa oleh mereka bertujuan untuk tolong menolong dan saling bantu membantu. Jika orang Cina boleh wujudkan "China Town" di seluruh dunia, orang Kelantan juga telah mewujudkan "Kelantan Village" di seluruh negara.

Dengan 3 aspek budaya di atas tadi iaitu budu, loghat dan kesatuan melahirkan orang Kelantan yang berjiwa bebas, merdeka, punya jati diri , bijak berpolitik, sayang dan kasih kepada negeri mereka.

Mana-mana orang Kelantan yang "menjauhi" dari 3 aspek budaya itu, akan dipinggirkan dan di gelar sebagai "Ore Kelate ye murtad" ! Jika ada orang Kelantan yang "kecek bahasa luar" sesama sendiri akan mendapat label "murtad". Begitu juga yang tidak bergaul dengan komuniti sendiri dan mengutuk dan tidak membela negeri sendiri juga bakal di gelar demikian.

Dalam kes royalti, suatu sikap yang aneh lagi pelik apabila ada orang Kelantan tidak "satu hati" menuntut hak negeri mereka sendiri. Alangkah peliknya nama-nama besar seperti Awang Adek, Mustafa Mohammad, Ibrahim Ali dan Anuar Musa "bersungguh-sungguh" menafikan hak Kelantan mendapat royati minyak.

Mereka semua punya pengaruh di Putrajaya. Mereka juga anak jati Kelantan. Mana dia sifat jati diri, kesatuan komuniti dan sayang kepada bumi kelahiran ?

Berlainan isu pampasan Empangan Pergau tahun 1991 dahulu. Semua rakyat Kelantan "satu hati" menyokong tuntutan TG Nik Aziz terhadap pampasan dari TNB.

Kalau Ahmad Maslan maupun Samy Vellu menentang hak royalti Kelantan, itu bukannya suatu yang pelik. Tetapi ini mereka adalah anak kelahiran Jeli, Bachok, Melor dan Pasir Mas. Bukan lahir kat Sungai Siput !

Mungkin pembesar-pembesar Kelantan ini sudah lama tidak makan budu, kecek bahasa luar dan asyik bergaul dengan orang Kuala Lumpur. Inikah orang Kelantan yang "murtad" ?

Kamis, 17 Desember 2009

Berdoalah, Nescaya Allah Akan Memperkenankannya

Suatu perkara yang diyakini oleh kebanyakan manusia sama ada dari umat Islam atau pun seluruh penganut agama yang ada atau oleh yang selainnya bahawa doa itu adalah senjata paling ampuh untuk meraih manfaat dan menolak mara bahaya. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri mengkhabarkan tentang orang-orang kafir, bahawa mereka apabila di dalam keadaan kesempitan juga turut berdoa kepada Allah dengan penuh harapan. Di ketika Allah mengabulkan doa hamba-Nya, sama ada dia kafir atau pun muslim, maka pengabulan itu adalah seperti rezeki untuk mereka. Perkara terebut menjadi tanda ke-Rububiyahan-Nya (sifat ketuhanan bagi Allah) secara jelas. Kemudian seringkali rezeki itu justeru menjadi bencana bagi mereka, dengan sebab kekufuran atau pun kefasikan. (Rujuk: Ibnu Abil Izz al-Hanafi, Tahzib Syarah ath-Thahawiyah, jil. 1, Pustaka at-Tibyan)

Pengertian Doa:

Doa adalah permintaan seseorang hamba kepada Tuhannya dalam bentuk pengharapan. Kata ini juga mencakupi makna taqdis (penyucian), tamhid (puji-pujian) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung serta sebahagian dari zikir. (Syaikh Dr. Sai’id Ali Wahf al-Qahthani, Mengapa Doa-ku Tidak Terkabul, m/s. 19, Daar an-Nabaa’ (August 2007))

Doa Adalah Ibadah:

Dari al-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhu, Dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, katanya:

“Doa itu adalah ibadah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2969. Menurut al-Albani, hadis ini Sahih, Shahih Sunan at-Tirmidzi)

Saranan Berdoa Dan Menjauhi Sombong:

Allah berfirman (maksudnya):

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)

Allah Sentiasa Mendengar Doa Hambanya:

Dari Abu Musa al-Asy’ari, beliau menjelaskan:

Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam suatu perperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, menaiki bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian beliau mendekati kami dan bersabda:

“Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa (menyeru) kepada Tuhan yang tuli (pekak) dan jauh, akan tetapi kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu melebihi dekatnya seseorang dari kamu dengan leher binatang tunggangannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2992)

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah Ta’ala berfirman, “Aku menuruti persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku akan sentiasa bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/210)

Allah Memperkenankan Doa:

Dari Abu Sa’id, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidaklah seorang mu’min berdoa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan tali silaturrahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya satu di antara tiga perkara:

1 - Allah akan segera memperkenankan doanya di dunia, atau

2 – Allah Subhanahu wa Ta’ala menyimpannya sebagai pahala di akhirat, atau

3 – Allah memeliharanya dari keburukan diri semisal apa yang dia minta.”

Mereka berkata: “Sekiranya begitu, kami akan memperbanyakkan doa (terus kerap berdoa)”. Nabi bersabda: “Allah lebih banyak lagi pemberian-Nya”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/18. Menurut Syaikh al-Albani, hadis ini sahih, Shahihul Jami’, no. 5714)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi bersabda:

“Doa salah seorang di antara kamu akan sentiasa diperkenankan selama dia tidak teburu-buru, iaitu dengan mengatakan:

“Aku sudah berdoa namun tidak juga dipernankan bagiku”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6340)

Tiga Doa Yang Tidak Tertolak:

1 – Doa orang tua (ibu bapa) terhadap anaknya.

2 – Doa orang yang sedang berpuasa.

3 – Doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir). (Rujuk: Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, no. 1797)

Berdoa Dengan Hati Yang Khusyu’ Penuh Kesungguhan:

“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’, 21: 89-90)

“… Mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan harap.” (Surah as-Sajdah, 32: 16)

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu berdoa, hendaklah dia bersungguh-sungguh di dalam doanya, janganlah dia berkata: “Jika Engkau berkehendak berilah kepadaku, Sesungguhnya tidak ada yang dapat memaksa Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6338)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Janganlah seseorang dari kamu mengucapkan di dalam doanya:

“Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mahu, Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau mahu”. Tetapi hendaklah dia bersungguh-sungguh meminta dan meninggikan harapan terkabulnya doa yang dipohon, kerana sesungguhnya apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mengira ia sebagai sesuatu yang penting, pasti Dia akan memberikannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 339)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Berdoalah kamu kepada Allah dengan keyakinan doa kamu akan diperkenankan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2766, menurut Syaikh al-Albani hadis ini hasan)

Sebahagian Adab Berdoa Supaya Doa Diterima:

1 – Tidak bergelumang dengan perkara-perkara haram, meliputi pakaian, makanan, minuman atau seumpamanya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘ahu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa menjelaskan tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan (musafir) yang panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, lalu mengatakan, “Ya Tuhanku, ya Tuhanku...” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1015)

2 – Jangan bersikap Terburu-buru dan Merasa Cepat Bosan:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi bersabda:

“Doa salah seorang di antara kamu akan sentiasa diperkenankan selama dia tidak teburu-buru, iaitu dengan mengatakan:

“Aku sudah berdoa namun tidak juga dipernankan bagiku”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6340)

“Sentiasa dikabulkan doa seseorang hamba selama ia tidak berdoa dengan doa yang mengandungi dosa atau pemutusan silaturrahim dan selama ia tidak tergesa-gesa.”

Ada seorang sahabat yang bertanya:

“Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?”

Nabi menjawab:

“Dia berkata dengan: “Aku sudah berdoa, aku sudah berdoa. Namun aku lihat Allah tidak memperkenankan doaku.” Dan dia berputus-asa (bosan) lalu meninggalkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2096)

3 – Tidak Melupakan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar:

Dari Huzaifah radhoyallahu ‘anhu, Nabi bersabda: “Demi Allah yang jiwaku berada di Tangan-Nya, kamu harus beramar ma’ruf dan nahi mungkar, atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan siksa ke atas kamu, kemudian apabila kamu berdoa ia tidak akan diperkenankan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dan beliau menghasankannya. Lihat: al-Albani, Shahihul Jami’, no. 6947)

4 – Tidak Memohon Doa Yang Mengandungi Dosa Dan Pemutusan Silaturrahim.

5 – Sentiasa Memperbanyakkan Doa Di Waktu Senang Mahu Pun Susah:

Dari Abu Hurairah rahiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa yang ingin agar Allah memperkenankan doanya di saat-saat sempit dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di saat-saat ia senang.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3382. Dihasankan oleh al-Albani di dalah Shahih Sunan at-Tirmidzi)

6 – Berdoa Dengan Merendah Diri dan Suara Yang Lembut:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan dengan suara yang lembut.” (Surah al-A’raaf, 7: 55)
7 - Disunnahkan Mengulang-ulang doa.

8 - Menghadap Kiblat.

9 - Menadah tangan bagi doa yang bersifat mutlak (permintaan khusus).

Dari Salman radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Ta'ala Maha Malu dan Maha Mulia, dia malu terhadap hamba-Nya apabila mengangkat tangan (berdoa) kepada-Nya lalu Dia kembalikan dalam keadaan kosong (tidak diterima doanya)." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1488)

Senin, 14 Desember 2009

KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

KELEBIHA KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.

KHASIAT KURMA

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria

Kandungan Kurma Kering %
Gula Lebih 50
Protein Lebih 2
Lemak Lebih 2
Sumber Mineral Lebih 2

Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.

Kurma Mencegah Serangan Stroke

• Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya. Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma
mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.

Cukup Lima Butir Sehari..!


* Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih
tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap 400 mg kalium itu mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau
setara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanan
darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami
perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.

Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang
biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.

Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer


* Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering juga kaya dgn kalium kerana ia juga mengandung salisilat.
orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma.

Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.

Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang dikonsumsi boleh juga meredakan sakit kepala.

Komposisi Gizi

* Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka
produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.

Di negera Arab kurma mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)

Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).

Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.

Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini juga kaya dengan serat.

Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.

Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.