Sabtu, 13 Februari 2010

MEROKOK ADALAH HARAM .... Majlis Fatwa Kebangsaan


Selama ini mereka sering memikirkan cara terbaik untuk berhenti merokok. Apabila cuba berhenti tetapi sering kali gagal. Inilah peluang keemasan yang patut diambil. Mudah-mudahan dengan azam yang kukuh diiringi pendirian yang teguh, Insya-Allah nafas baru dapat dikekalkan sehingga penghujung bulan puasa dan untuk bulan-bulan seterusnya sehinggalah dapat berhenti terus dari merokok.

Berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh perokok. Bukannya mereka tidak sedar akan akibat buruk yang akan memusnahkan diri dan keluarga mereka. Ini kerana mereka telah diikat, dijerat dan dibelenggu oleh dadah nikotin yang telah sekian lama bersarang di dalam badan perokok. Tambahan pula turut diracuni tidak lebih dari 4000 bahan-bahan kimia merbahaya dan karsinogen di dalam badan.

Hasil dari kajian mendapati bahawa 95 peratus perokok Muslim menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadhan. Kita berpuasa hampir 14 jam sehari dan selama ini juga perokok dapat mengawal diri dari merokok. Apa salahnya selepas berbuka diteruskan tanpa merokok sehingga bersahur keesokan harinya pula. Jika perkara ini dapat diamalkan untuk hari-hari seterusnya nescaya tabiat buruk merokok dapat dihakiskan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak.

Umumnya telah ketahui akan risiko kesihatan akibat merokok. Pelbagai jenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut bukan sahaja kepada perokok tetapi juga kepada keluarga tersayang. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tembakau adalah pembunuh nombor satu di negara kita. Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit yang berkaitan dengan tembakau.

Statistik terkini menunjukkan bahawa lebih kurang 5 juta penduduk Malaysia merokok dan angka ini meningkat setiap tahun. Daripada jumlah tersebut hampir 50 peratus adalah lelaki dewasa. Perangkaan mengikut kaum menunjukkan bahawa 35 peratus daripada perokok lelaki adalah Melayu, berbanding kaum Cina 23 peratus dan kaum India 20 peratus. Lebih buruk lagi kebanyakan daripada mereka merupakan penduduk luar bandar yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah.

Turut membimbangkan ialah bilangan perokok wanita Malaysia juga didapati meningkat dengan kadar peningkatan agak mendadak terutamanya di kalangan gadis remaja. Penyelidikan bersama yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan Universiti Islam Antarabangsa mendapati kadar merokok bagi remaja perempuan melonjak hampir dua kali ganda daripada 4.8 peratus kepada 8 peratus dalam tempoh kajian selama tiga tahun iaitu dari 1996 hingga 1999.

Peningkatan mendadak bilangan remaja merokok amat membimbangkan kita. Mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran, kawan-kawan dan yang memainkan peranan yang lebih besar adalah iklan-iklan daripada syarikat gergasi rokok. Daripada merekalah kita perlukan tenaga, pemikiran, pembangunan dan kesejahteraan untuk negara kita pada masa hadapan. Kita tidak mahu melihat mereka khayal dalam dunia mereka sendiri dengan penglibatan yang lebih buruk lagi menjadi penagih dadah. Bermula dari sinilah puncanya masalah sosial, keruntuhan akhlak dan sebagainya.

Oleh itu sempena bulan suci dan mulia ini, sama-samalah kita berusaha membantu mereka yang ingin berhenti dari perbuatan yang sia-sia ini. Bagi perokok ambillah peluang ibadah puasa kali ini mentarbiyahkan diri untuk berhenti dari tabiat buruk merokok yang sememangnya telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1995.

MEROKOK

Merokok merupakan faktor risiko utama untuk penyakit jantung koronari yang boleh menyebabkan penyakit jantung iskemia berlaku. Selain dari itu, ia juga boleh menyebabkan strok. Bagi pesakit-pesakit jantung, mereka mudah untuk mendapat serangan jantung di tempat-tempat yang penuh dengan asap rokok.

Lebih dari 50 peratus penagih rokok akan mati sebelum berumur 70 tahun. Risiko kematian di kalangan perokok adalah antara satu setengah hingga dua (1 1/2 - 2) kali ganda lebih dari golongan bukan perokok. Untuk setiap hisapan, anda sebenarnya menyedut lebih dari 4,000 bahan kimia yang kebanyakannya racun dan boleh membunuh.


JENIS RACUN UTAMA DALAM ROKOK

  • Ammonia (Bahan Pencuci Lantai)
  • Aseton (Bahan Penanggal Cat)
  • Arsenik (Racun Anai-anai)
  • Toluidine **
  • Urethane**
  • Toluena**(Bahan Pelarut)
  • Dibenzacridine**
  • Fenol
  • Butana (Bahan Api Pemetik ApiKarbon Monoksida (Gas Beracun Dari Ekzos Kereta)Polonium - 210**
  • DDT (Racun Mahluk Perosak)
  • Metanol (Bahan Api Roket)
  • Kadmium** (Bahan Dalam Bateri Kereta)
  • Naftalena (Ubat Gegat)
  • Dimethylnitrosamine Pyrene**
  • Naphthylamine**
  • Benzopyrene**
  • Vinil Klorida (Bahan Membuat PVC)
  • Hidrogen Sianida (Racun Di Dalam Kebuk Gas)
  • Tar (Minyak Tar Jalan)

** bahan-bahan yang diketahui menyebabkan kanser

PETUA UNTUK BERHENTI MEROKOK

  • Berazam dan berjanji dengan diri anda untuk berhenti merokok

  • Bertanya kepada profesional kesihatan yang anda kenali mengenai maklumat dan program yang boleh membantu anda berhenti merokok

  • Melawan keinginan untuk merokok itu dengan pergi ke tempat yang dilarang merokok dan berada bersama orang yang tidak merokok

  • Memberi penghargaan/hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya untuk berhenti merokok

  • Menyibukkan diri anda dengan pekerjaan yang akan membuat diri anda susah untuk merokok seperti berkebun, mencuci pinggan mangkuk dan meningkatkan aktiviti harian anda

  • Mengingatkan diri anda selalu bahawa merokok itu boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit, memberi kemudaratan kepada orang lain dan boleh menyebabkan kematian

  • Meminta sokongan dari ahli keluarga dan rakan
  • Tidak ada komentar:

    Posting Komentar